BADAN KEBAJIKAN ISLAM TELEKOM MALAYSIA (BAKIT) SABAH
Program Ceramah Bakit Sabah
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang bakal menjelang, Bakit Sabah telah menganjurkan sesi ceramah yang bertajuk Puasa/Puasa Gantian / Fidyah pada 22 Julai, 2011 bertempat di bilik mesyuarat Tkt 5, Bangunan IPK Sabah.
Majlis yang telah dihadiri seramai lebih 30 anggota TM Sabah yang beragama Islam. Penceramah jemputan dari Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu iaitu Ustaz Mohd Salehudin bin Abdul Aziz. Antara isi kandungan ceramah adalah sejarah bermulanya puasa, puasa nabi-nabi dan hukum-hukum yang berkaitan dengan puasa , puasa gentian dan fidiyah.
Semoga ibadah puasa kali ini dapat melatih dan mendidik kita menjadi insan/pekerja yang lebih berdedikasi, sabar, rendah diri bertanggungjawab terhadap kemajuan syarikat
Ceramah Maulidur Rasul dan Pelancaran Tabung Dana Kebajikan Islam TM Sabah
Jemputan menghadiri Ceramah Maulidur Rasul dan Pelancaran Tabung Dana Kebajikan Islam TM Sabah seperti berikut:
TEMPAT : KEMBARANGAN 1 & 2, 4TH FLOOR, WISMA SAN HIN, KOTA KINABALU.
MASA : 03:00 pm – 05:00 pm
TARIKH : JUMAAT, 18HB FEB, 2011
TAJUK
CERAMAH : “RASULULLAH SAW PEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM” OLEH DR. ALI AKBAR (PhD) UMS.
Sejurus selepas ceramah tersebut, Pelancaran Dana Kebajikan Islam TM Sabah akan disempurnkan oleh Yang Berusaha Encik Sukkuria Masri, Pengurus Besar TM Sabah selaku Yang Dipertua BAKIT Sabah.
Kepada semua Warga TM adalah dijemput untuk hadir dan kepada rakan-rakan yang kebetulan berada di Kota Kinabalu turut dialu-alukan untuk hadir bersama-sama.
TEMPAT : KEMBARANGAN 1 & 2, 4TH FLOOR, WISMA SAN HIN, KOTA KINABALU.
MASA : 03:00 pm – 05:00 pm
TARIKH : JUMAAT, 18HB FEB, 2011
TAJUK
CERAMAH : “RASULULLAH SAW PEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM” OLEH DR. ALI AKBAR (PhD) UMS.
Sejurus selepas ceramah tersebut, Pelancaran Dana Kebajikan Islam TM Sabah akan disempurnkan oleh Yang Berusaha Encik Sukkuria Masri, Pengurus Besar TM Sabah selaku Yang Dipertua BAKIT Sabah.
Kepada semua Warga TM adalah dijemput untuk hadir dan kepada rakan-rakan yang kebetulan berada di Kota Kinabalu turut dialu-alukan untuk hadir bersama-sama.
Kunjungan Ziarah - En Jamil Arif, Pesara TM
Pada 5 Januari 2011, wakil Bakit Sabah yang diketuai oleh Timbalan YDP En Muhammad Bustami bersama dengan AJK Bakit telah membuat kunjungan ziarah dan menyampaikan sumbangan Tabung Jemaah 10 kepada En Jamil Arif, pesara TM bertempat di rumahnya di Papar yang mana beliau mengalami “Mild Stroke” pada bulan Dec 2010.
20 Januari 2011, bertempat di Pejabat Kewangan Tkt 3, wakil Bakit Helwa telah menyampaikan sumbangan Tabung Jemaah 10 kepada Puan Normalah Alim , kakitangan Finance SSO yang mana suami beliau iaitu En Jamli Nasip telah dimasukkan ke dalam wad Hospital Queen Elizabeth bagi menjalani rawatan penyakit Hepatitis A.
Marilah kita sama sama mendoakan semoga mereka segera cepat sembuh dan sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ketentuan Allah s.w.t.
Rombongan Tiaranita dan Bakit Sabah
Pada 12/10/2010, satu rombongan terdiri daripada ahli ahli Tiaranita di ketuai oleh Presiden Tiaranita TM Sabah Pn. Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail isteri Tn. Hj. Sukkuriya Masri ( GM TM Sabah ) & Bakit HelwaTM Sabah telah melakukan lawatan ke Rumah Pn. Ainnie Chua, kakitangan Customer Management Sales Sabah yang baru selesai menjalani pembedahan pada 27hb September yang lalu.
Ziarah kami diteruskan ke Rumah Pn. Noor Suriyati isteri Tn. Hj Samsidi Kari yang juga telah selesai menjalani pembedahan Cyst pada Minggu lepas.
Ahli Tiaranita dan Bakit Helwa juga telah mengadakan lawatan ke rumah Pn. Ramsah yang sedang sakit. Setelah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi pada Disember 2008 untuk penyakit kansernya dikesan merebak ke hati dan paru-paru. Bermula 04 - 29 Oktober 2010 beliau diberikan cuti sakit dan akan di sambung lagi untuk rawatan lanjut.
Pihak Tiaranita dan Bakit telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Pn. Ainnie, Pn Noor Suriyati dan Pn. Ramsah. Sumbangan juga adalah dari ahli ahli Tiaranita dan Bakit. Marilah kita sama sama mendoakan semoga Beliau tabah dan sabar dalam menghadapi ketentuan Allah ini dan semoga Beliau sihat agar dapat menjalankan tugas bersama sama dengan kita.
Sumbangan ke Rumah Anak Kesayangan (RAK), Taman Sempelang Kota Kinabalu
Bakit Helwa telah membuat kunjungan ke Rumah Anak Kesayangan (RAK) di No 9, Lorong Selunsung, Taman Sempelang Kota Kinabalu pada 2 Sept 2010 . Kunjungan ini adalah bertujuan utk mengagihkan zakat perniagaan TM dan juga sumbangan pakaian dan buku-buku yang telah disedekahkan oleh Warga TM bersempena dengan bulan
Ramadahan yang mulia ini.
RAK kini menempatkan lebih 70 orang golongan anak-anak yang terdiri dari yatim, muallaf, fakir dan miskin di 4 buah rumah yang disewa secara bulanan. Di anggarkan perbelanjaan sebulan untuk menampung keperluan RAK adalah sejumlah RM 20,000.
Oleh yang demikian pihak RAK ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang bakti bagi membela dan memelihara kebajikan anak2 RAK agar mereka ini menjadi aset yang berguna di masa hadapan kepada negara, agama dan bangsa.
Warga TM yang perihatin yang ingin membuat sumbangan untuk RAK ini, bolehlah menghubungi AJK-AJK Bakit Sabah.
Program Agihan Zakat BAKIT HELWA SABAH
Pada 1 September 2010, Bakit HELWA Sabah telah mengagihkan Zakat Perniagaan TM kepada 25 orang penerima zakat kategori asnaf miskin dan mualaf di Pejabat Kewangan, Tkt 3, Bangunan WCI Kota Kinabalu.
Semoga usaha murni Bakit Sabah membuat penyerahan zakat di bulan Ramadhan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama membuat persediaan bagi menyambut 1 Syawal 1431 H disamping dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan para mualaf untuk terus mendalami ajaran Islam.
Semoga usaha murni Bakit Sabah membuat penyerahan zakat di bulan Ramadhan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama membuat persediaan bagi menyambut 1 Syawal 1431 H disamping dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan para mualaf untuk terus mendalami ajaran Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)