Sambutan Aidilfitri Anggota TM Labuan Anjuran BAKIT Labuan

TARIKH : 25.OKTOBER 2008
HARI : SABTU
JAM : 1100 PAGI HINGGA 1300 PETANG
TEMPAT : OUTLET BS LABUAN, FINANCIAL PARK







Program Anak Yatim & Fakir Miskin Wilayah Persekutuan Labuan

Program Anak Yatim & Fakir Miskin pada bulan Ramadhan lepas telah selesai dijalankan pada 24 September 2008 atas sumbangan kakitangan TM Labuan . Utk makluman, Pihak BAKIT LABUAN telah menyerahkan sejumlah RM 960 wang tunai dan RM 396 berupa makanan dapur ( total : RM1356 ) kepada anak yatim/fakir miskin yg terpilih..

Dilampirkan juga gambar utk tatapan tuan/puan semua..

Semoga usaha murni kita diberkati Allah..


Program Lawatan Pusat Pengajian Thafiz Al - Quran AS SYATIBIAH MASJID BANDAR, KOTA KINABALU SABAH

Sempena dengan bulan Ramadhan & Syawal yang akan menjelang, Pihak AJK BAKIT akan mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Thafiz Al - Quran AS SYATIBIAH MASJID BANDAR, KOTA KINABALU SABAH untuk menyampaikan sumbangan derma kepada penghuni & pelajar di sana. Maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 September 2008

Dalam lawatan ini pihak BAKIT akan mengetahui dengan lebih banyak lagi mengenai kegiatan pusat ini dan InsyaAllah dapat menghulurkan lagi sumbangan pada masa akan datang.

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.

Gema Ramadhan - Tipuan Syaitan

Alhamdulilah hari ini adalah hari yang ke duapuluh dua (22) kita berpuasa, Bermakna ada lapan (8) hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1429h. Disana sini kedengaran suasana Hariraya Aidil fitri itu sudah mula terasa dan semakin tiba, bunyi dentuman mercun dan alunan lagu lagu raya telah mulai berkumandang di radio malah di TV juga telah menyelitkan beberapa babak rancangan rancangan hiburan yang akan ditayangkan pada hari pertama, kedua dan hariraya ketiga. Pendek kata semua pihak telah bersedia benar untuk menyambut hariraya Aidilfitri pada tahun ini..

Masjid dan surau juga sudah nampak berbedza. Para pengunjung mulai lengang dan saf saf yang dulunya dibelakang telah mula maju kehadapan lantaran tiada jemaah lagi yang bersembahyang terawikh dibelakang. Hanya kedapatan jemaah tua yang sudah dimamah usia yang masih bertahan bersujud dan rukuq berterawikh. Kebanyakan para jemaah sudah mulai mengunjungi pasaraya dan gedung perniagaan bagi membeli keperluan pakaian dan peralatan untuk berhari raya. Kita melihat lori lori kecil berselisih sakan antara satu sama lain menghantar sofa, permaidani, TV, peti ais dan meja makan yang kesemuanya dibeli baru demi menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Inilah penangan Hari Raya Aidilfitri. Cuba bayangkan apabila lapan (8) hari sebelum kita menyambut Ramadhan tiba, kita tidak begitu gembira dan riang seperti ini, malah kita kecut dan sughul menghadapi keadaan tidak makan dan minum pada siang hari, dan terpaksa pula menjaga kesopanan diri demi Ramadhan, tetapi apabila lapan (8) hari lagi untuk menyambutnya hari raya, maka keriangan pada wajah kita dan cara menyambutnya adalah luar biasa.

Inilah kesilapan besar orang kita, yang sangat suka akan perkara yang boleh mengembirakan hati dan mencetus hilai ketawa. Kita lupa bahawa bukan cara sebegini Islam mengajar dan menghayati hari hari terakhir Ramadhan atau menyambut Hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Ibnu Umar yang bermaksud “ Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh (27)” dan dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam akhir Ramadhan”.

Jelas Lailaitulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari Ramadhan, dia ia adalh sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-berebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini. Ianya merupakan ujian bagi kita mengapa Allah menyembunyikan Lailatulqadar itu dari pengetahuan kita. Wassalam.

Majlis Ceramah Agama bertajuk "Universiti Ramadhan" anjuran BAKIT W.P Labuan ( Bahagian ke-2 ) & Program bersama anak yatim/fakir miskin



1) BAKIT Labuan telah mengadakan ceramah kali kedua pada 17 sept yang lalu dan dilampirkan gambar utk tatapan tuan2 dan puan2 sekalian.

2) Utk makluman juga Pihak BAKIT Labuan akan mengadakan Program bersama Anak2 Yatim dan Fakir miskin di W.P Labuan pada hari Selasa ,23 Sept 2008. BAKIT Labuan akan turun padang ke seluruh pelusuk Labuan berjumpa/bermesra sambil memberi sumbangan berbentuk wang , makanan harian serta pakaian kepada golongan ini..Seramai 20 org anak Yatim/Fakir miskin di kenalpasti dengan kerjasama ketua2 kampung di wilayah Labuan dan program ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak TM terhadap golongan-golongan ini..




MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELANGGAN & WARGA TM

Tempat: MASJID TM MENGGATAL
Tarikh: 18 SEPT 2008 (KHAMIS)
Masa: 5.00 PETANG


KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN KELUARGA AMAT DIALU-ALUKAN

TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM - sumbangan Biro Wanita

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah ke riwayat akhir baginda.Imam Ghazali rahimullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad bin Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat ini memperlihatkan kepada kita, sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita, umat Islam supaya dapat bertaubat dan sedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T… walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah S.W.T.Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

• Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah hari pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih. Di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku selepas asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita kan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah S.W.T. Semoga kita adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah S.W.T mahupun manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah, lagi Maha Mengasihi maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh di ubah dengan amalan doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata.Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T samada di dunia mahupun di akhirat.Apa yang baik dan benar itu datingnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah dan silap itu adalah kelemahan manusia itu sendiri.

Majlis Ceramah Agama bertajuk "Universiti Ramadhan" anjuran BAKIT W.P Labuan

Tarikh : 3 September 2008 bersaamaan 3 Ramadhan 1429H
Masa : 12.15 t.hari ( waktu rehat )
Tempat : Bilik Mesyuarat Business Sales , Tingkat 1, Ujana Kewangan
Tajuk : Universiti Ramadhan
Penceramah : Uztaz Ahmad Sharizal B. Mohd Suffian, Unit Dakwah/Operasi Pusat Pungutan Zakat ( PPZ )

Penceramah

Peserta

SUMBANGAN UNTUK RAKYAT PALESTIN

Pihak BAKIT ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada semua Warga TM Sabah kerana sudi menghulurkan tangan untuk menderma ke Tabung Palestin.

Untuk makluman, Jumlah kutipan yang telah dipungut berjumlah
RM 1,649.00.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik tuan/puan.

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.

CERAMAH BULAN OGOS ANJURAN BIRO DAKWAH

Tajuk : Memahami Profil Tauhid Seorang Muslim

Penceramah : USTAZ ABDUL HALIM ABAS
Anak jati Merbuk, Kedah D.A
Sekolah Pondok Penanti, Seberang Perai Pulau Pinang
Hampir 40 tahun menjadi Pendakwah Bebas

Tarikh : 21 OGOS 2008 (Khamis)

Masa : 1.15 petang – 2.45 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Kembarangan 1, Tingkat 4, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu.

Nota:
Kepada sesiapa yg berminat untuk menghadiri ceramah ini, sila hubungi/email pn. Dayang Rahmah Ajaip bagi pelepasan kerja dari 2.00 p.m – 3.00 p.m pada hari berkenaan.


Penceramah :- USTAZ ABDUL HALIM ABAS


Antara Peserta Yang Hadir

AGM BAKIT TM WP LABUAN

BAKIT Cawangan W.P Labuan telah selesai mengadakan AGM pada 11 Ogos 2008 yang lalu.

Berikut adalah AJK BAKIT W.P Labuan sesi 2008/2010 utk tindakan dan makluman tuan/puan .

Pengerusi : En Kamarudin Sohit
Naib Pengerusi : En Mohd Nur Fahry Sulaiman
Setiausaha : Pn Raha Othman
Bendahari : Pn Dayang Junaidah Datu Matusin


Ahli Jawatankuasa
Simun Hj Mahmood
Zaziah Husin
Abbas Hj Mahmood
Mahadi Zainal
Hamidah Saban
Azmi Mohd Alis

SUMBANGAN BUKU UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN SEKOLAH SEKITAR RANAU SEMPENA TM CLIMBATHON

MAKLUMAN KEPADA SEMUA ANGGOTA TM DAN KELUARGA.

BAKIT dengan kerjasama KELAB, SUTE dan TIARANITA memohon sumbangan Buku (Baru/Terpakai) atau wang Ringgit daripada semua warga TM untuk diagih-agihkan kepada Rumah dan Anak Yatim di Sekitar Ranau sempena TM Climbathon. Lokasi yang dikenal pasti adalah:

a. Rumah Putera Harapan, Ranau
b. Sekolah Kebangsaan Ranau 1
c. Sekolah St. Benedict Ranau.

Sukacita jika semua agar dapat menyalurkan sumbangan tersebut sebelum 21 Ogos 2008 kepada:

Bil Lokasi Nama
1. Tingkat 3,Bgn.WCI Pn.Faridah Mataib / Pn.Julitah /Pn.Hjh.Halimah
2. Tingkat 2,Bgn.WCI Pn.Salmah Abd.Shah / Pn.Nafsah
3. Tingkat 1,Bgn WCI Pn.Fatimah Majid
4. Tingkat Bawah ,Bgn WCI Pn.Dg.Rozaimah
5. Tingkat 4 , Wisma San Hin En.Noraffandi Noralidin / Pn.Masnah Anuar / Pn.Hjh.Zainah
6. Tingkat 5 , Wisma San Hin Pn.Hjh.Juliana Ikoh
7. Sadong Jaya Cik Hjh Junidah Hj Salleh / Pn.Ahziah Ahmad
8. Tg.Aru Pn.Siti Kamisah Sopong
9. Karamunsing Pn.Samsiah Abd.Hamid / Pn.Dg.Rahmah Hj Ajaip
10. Sandakan En.Abdul Hadi / Cik Salasiah
11. Tawau En.Salleh Hj Salali / En.Sudirman
12. Labuan Pn.Dayang Junaidah Datu Matsuin


Di harap usaha murni ini akan dapat membantu pelajar kita agar menjadi generasi berilmu dan menjadi insan serta warganegara yang baik.

MAJLIS KENDURI ARWAH ANJURAN BIRO WANITA BAKIT

Sempena menyambut Bulan Ramadhan September ini, BIRO BAKIT WANITA akan mengadakan Majlis Kenduri Arwah yang diadakan pada tarikh dan masa adalah seperti dinyatakan di bawah:

Tarikh : 15/08/2008(Jumaat)
Masa : 01.00 - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Finance, Bgn WCI
Ustazah Jemputan : Ustazah Maria


* Kepada sesiapa yang ingin bersedeqah dari segi juadah/lauk-pauk/buah-buahan, amatlah dialu-alukan dan di ucapkan ribuan terima kasih.

Dijemput semua muslimah warga TM hadir bagi menambah lagi kemeriahan menyambut Ramadhan di samping mengeratkan lagi silatulrahim antara kita.

PROGRAM JALINAN KASIH ANTARA KELAB PRIHATIN & BAKIT SABAH

BAKIT Sabah di bawah Biro Kebajikan dengan kerjasama Kelab Prihatin memerlukan sumbangan anda sebanyak RM 2 setiap bulan untuk dijadikan sebagai Tabung Kebajikan di mana BAKIT akan meyalurkan sumbangan ini kepada insan-insan yang memerlukan sempena kehadiran bulan puasa & hari raya yang akan menjelang tiba.

Untuk kutipan di tingkat 3 WCI, akan diuruskan oleh Puan Hjh Halimah Norbiddin.

Sebarang masalah dan pertanyaan boleh diajukan terus kepada Biro Kebajikan - Pn Faridah Mataib di talian 088-299788.

CONGRATULATIONS TO SDR MUSTAPHA SAKMUD - PRESIDENT-ELECT, SABAH YOUTH COUNCIL & ANUGERAH TOKOH BELIA SABAH

On behalf of TM Sabah, and BAKIT in particular, we wish to congratulate you on your recent election as President of Sabah Youth Council (Majlis Belia Sabah), and also as the recipient of the Anugerah Tokoh Belia Sabah at the Sabah Premier Youth Awards for your contribution towards the youth development in the State. We are proud of your achievement and wish you more successes in the future.

CONGRATULATIONS!!!

Sesi Lawatan dan Penyerahan Sumbangan AJK Bakit


Lokasi : Rumah Pn Ramsah Maludin
Tarikh : 23 Julai 2008
Perkara : Beliau telah selamat Menjalani Pembedahan Kanser minggu lalu




Ceramah Bulan Julai Anjuran Biro Dakwah


Tajuk Ceramah : Kemantapan Tauhid Cetusan Peristiwa Isra' Mi'raj
Masa : 1.15 pm to 2.15 p.m
Tarikh : 29 Julai 2008
Tempat : Bilik VC, Tingkat 4, Wawasan Plaza, KK
Penceramah : Ust. Bungsu Hj Jaafar (UiTM)

Penceramah (tengah)


Peserta Yang hadir

PROGRAM KERJASAMA BANTUAN RAKYAT PALESTIN DI GAZA

BAKIT SABAH dengan Kerjasama BAKIT PUSAT akan mengadakan kutipan untuk bantuan rakyat Palestin di Gaza.

Sehubungan dengan itu, Berikut adalah senarai staff yg dilantik utk. membuat kutipan :-

1. Tingkat 3,Bgn.WCI Pn.Faridah Mataib / Pn.Julitah /Pn.Hjh.Halimah
2. Tingkat 2,Bgn.WCI Pn.Salmah Abd.Shah / Pn.Nafsah
3. Tingkat 1,Bgn WCI Pn.Fatimah Majid
4. Tingkat Bawah ,Bgn WCI Pn.Dg.Rozaimah
5. Tingkat 4 , Wisma San Hin En.Noraffandi Noralidin / Pn.Masnah Anuar / Pn.Hjh.Zainah
6. Tingkat 5 , Wisma San Hin Pn.Hjh.Juliana Ikoh
7. Sadong Jaya Cik Hjh Junidah Hj Salleh / Pn.Ahziah Ahmad
8. Tg.Aru Pn.Siti Kamisah Sopong
9. Karamunsing Pn.Samsiah Abd.Hamid / Pn.Dg.Rahmah Hj Ajaip
10. Sandakan En.Abdul Hadi / Cik Salasiah
11. Tawau En.Salleh Hj Salali / En.Sudirman
12. Labuan Pn.Dayang Junaidah Datu Matsuin

Tarikh akhir kutipan adalah pada 29/07/2008 dan sila serahkan kepada pihak BAKIT selewat-lewatnya pada 31/07/2008 .
Bagi kutipan di Bgn.WCI Sadong Jaya dan Karamunsing , sila serahkan kepada Pn.Julitah , Bgn.Wisma San Hin - Pn.Masnah Anuar dan TM Tg.Aru - En.Mustapha Sakmud . Bagi kutipan yg dibuat di PTT , harap dapat berhubung dgn.En.Samsul Bakar .

Dengan adanya sumbagan daripada tuan/puan , dapatlah meringankan beban rakyat palestin dan mudah-mudahan diberkati Allah.

AHLI JAWATANKUASA BAKIT 2008/2009 - CAWANGAN SANDAKAN

Pengerusi : En.Abdul Hadi Hashim

Naib Pengerusi 1 : En Gordani Hj Asan

Naib Pengerusi 2 : Tn.Hj.Mohamad Maidin Karim

Setiausaha : Pn.Joeanah Jouhari

Pen.Setiausaha : Cik Salasiah Mohammed

Bendahari : Pn.Fauziah Bahtiar

Pen.Bendahari : Pn.Sumiati Salamat

Ahli Jawatankuasa :

En.SM.Salim Agen - O&M
En.Johan Siman - SOMA
En.Mohd Aizan Abu Hassan - SOMA
Pn.Hj Maimunah - TOMA
Pn.Siti Zainun Adnan - TMPoint
Pn.Zaridah Hashim - CS
En.Kamal Hj Hussin - ITD
Cik Anastasia Usok - CSM
En.Baruddin Amat - CAN
En.Mohd Redwan - PO
En.Damsah Damsik - Logistik
En.Mohd Zaki Karim - CSM
Pn Rusnah Sanih - BS

ARTIKEL ILMU

Sumbangan - Biro Wanita
KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

MAJLIS ILMU ANJURAN BIRO WANITA BAKIT

Tajuk : KELEBIHAN BULAN REJAB
Tarikh : 11/07/2008(Jumaat)
Masa : 01.00 - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Finance, Bgn WCI
Ustazah Jemputan : Ustazah Lilis Muliayani


Dijemput semua muslimah warga TM hadir bagi menambah ilmu di samping mengeratkan lagi silatulrahim antara kita.

Wassalam.

PERANCANGAN AKTIVITI 2008

1. Ceramah Isra Mikraj
2. Kenduri Arwah

3. Taddarus di Bulan Ramadhan
4. Majlis Hari Raya
5. Majlis Korban

MAJLIS TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN 15-18HB OGOS 2008

Kontingen Sabah seramai 14 orang termasuk wakil dan pengiring akan mengikuti Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan di Menara TM pada 15-18hb Ogos 2008.

KETUA KONTINJEN : TUAN HJ SAMSIDI KARI

Qari Dewasa : En Gordani Asan
Qariah Dewasa : Pn Joeanah Jouhari

Qari Remaja : Dg Junainah Bte Juani
Qariah Remaja : Ag Jazli Bin Juani

Qari Kanak-kanak : Muhammad Madani Mustapha
Qariah Kanak-kanak : NurMirah Safwana Hj Ag Tangah

Tahfiz Remaja Perempuan : Juwairiyah Binti Kamil

Bercerita Kanak-kanak Perempuan : Nur Faeza binti Osman

BIRO BAKIT 2008

BIRO DAKWAH : En Mochtar Hj Lakura
BIRO PENDIDIKAN : En Wirah Hj Ayub
BIRO EKONOMI : Tn Hj Mohd Sainal Mohd Amin
BIRO WANITA : Pn Faridah Taib
BIRO PEMBANGUNAN : En Jamal Hj Aziz
BIRO KEBAJIKAN :Pn Masnah Anuar
BIRO PENERANGAN :Pn Ruhia Lawis
BIRO KOMUNIKASI/IT :En Taher Mado
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS 1 :Tn Hj Samsidi Kari
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS 11 :Pn Julitah Merjin.

PROGRAM IBADAH QURBAN ZULHIJJAH 1429h ( 08/12/2008 )

Kepada Saudara saudari muslimin dan muslimat yang dihormati, semoga beroleh rahmat dan hidyah dariNya dalam menjalankan ibadah kita seharian.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak BAKIT TM Sabah akan menganjurkan Majlis Ibadah Qurban untuk tahun ini. Sehubungan dengan itu adalah dialu-alukan kepada yang berminat untuk menyertai program ini di mana pihak Bakit akan mengadakan Tabungan Bulanan bagi meringankan beban kita untuk menyertai program ini. Tabungan kita bermula pada bulan Julai ini sehingga bulan November 2008 ( 05 bulan ). Anggaran kos bagi sebahagian adalah sebanyak RM350.00

Berikut adalah senarai AJK yg dilantik :

01. Wisma SAN HIN En. Noraffandi Noralidin/Pn. Masnah Anuar
02. TM Tanjung Aru En. Mustapha Sakmud/Pn.Siti Kamisah Sopong
03. Bangunan WCI Pn. Faridah Mataib/Pn. Julitah Merjin / Pn.Salmah Abd Shah
04. Sadong Jaya Cik Junidah Hj Salleh / Pn.Ahziah Ahmad
05. Karamunsing Pn. Dg. Rahmah Hj Ajaip / Pn.Shamsiah Abd.Hamid
06. Sandakan En. Abdul Hadi Hashim/ Cik Salasiah Mohammad
07. Tawau En. Salleh Salali/ En. Sudirman Isa
08. Labuan Pn.Dayang Junaidah Datu Matsuin
09 Kudat Pn.Sairah Baudi
10. Beaufort Pn.Sairah Sudin / Pn.Hayati Tamrin

MAJLIS TILAWAH/TAHFIZ AL-QURAN TM PERINGKAT NEGERI SABAH 1429H/2008M


Tempat : Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu.
Tarikh : 15 Jun 2008/11 Jamadilakhir 1429H (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi – 5.30 Petang


Johan Qari Dewasa : En Gordani Asan


Johan Qariah Dewasa : Cik Anastasia Usok





MESYUARAT AGUNG BAKIT NEGERI SABAH 2008

14 Jun 2008. Mesyuarat Agung BAKIT Sabah telah diadakan di Bilik Sri Semporna, Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Sukkuriya Masri, Pengurus Besar Negeri TM Sabah merangkap Yang Dipertua BAKIT Sabah dan diikuti dengan Laporan Aktiviti dari Encik Samsul Bakar, Setiausaha Agung BAKIT Sabah, Lapooran Kewangan dari Encik Noraffandi Noralidin, Bendahari BAKIT Sabah dan diikuti dengan Pembubaran Jawatankuasa BAKIT Negeri Sesi 2006/2008.

Proses Pemilihan Jawatankuasa BAKIT Negeri Sabah Sesi 2008/2010 telah dijalankan oleh Tuan Haji Jamil Arif selaku Pengerusi sementara dan dibantu oleh Encik Thussin Saidil.

Barisan Jawatankuasa BAKIT Negeri Sabah bagi Sesi 2008/2010 adalah seperti berikut:

YANG DIPERTUA : TUAN HAJI SUKURRIYA MASRI
TIMBALAN YAN DIPERTUA : TUAN HAJI MOHAMAD BUSTAMI
NAIB YANG DIPERTUA I : ENCIK MUSTAPHA SAKMUD
NAIB YANG DIPERTUA II : ENCIK ALFIAN HAJI ABD RAHMAN
SETIAUSAHA : ENCIK SAMSUL BAKAR
PENOLONG SETIAUSAHA : ENCIK ABDUL RAMLIE IBRAHIM
BENDAHARI : ENCIK NORAFFANDI NORALIDIN


AHLI JAWATANKUASA :

1. ENCIK MOCHTAR HAJI LAKURA
2. TUAN HAJI SAMSIDI KARI
3. ENCIK JAMAL HAJI AZIZ
4. ENCIK TAHER MADO
5. ENCIK WIRAH AYUB
6. PUAN RUHIA LAWIS
7. PUAN FARIDAH MATAIB
8. PUAN JULITAH MERJIN
9. PUAN MASNAH BT ANUAR @ AG AHMAD
10. TUAN HAJI MOHD SAINAL MOHD AMIN

JURUODIT DALAMAN :

1. ENCIK OTHMAN HAJI MOHD SALLEH
2. ENCIK AHMAD SAPIAN MUSTAFA