Program Lawatan Pusat Pengajian Thafiz Al - Quran AS SYATIBIAH MASJID BANDAR, KOTA KINABALU SABAH
Sempena dengan bulan Ramadhan & Syawal yang akan menjelang, Pihak AJK BAKIT akan mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Thafiz Al - Quran AS SYATIBIAH MASJID BANDAR, KOTA KINABALU SABAH untuk menyampaikan sumbangan derma kepada penghuni & pelajar di sana. Maklumat adalah seperti berikut :
Tarikh : 26 September 2008
Dalam lawatan ini pihak BAKIT akan mengetahui dengan lebih banyak lagi mengenai kegiatan pusat ini dan InsyaAllah dapat menghulurkan lagi sumbangan pada masa akan datang.
Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.

Gema Ramadhan - Tipuan Syaitan
Alhamdulilah hari ini adalah hari yang ke duapuluh dua (22) kita berpuasa, Bermakna ada lapan (8) hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1429h. Disana sini kedengaran suasana Hariraya Aidil fitri itu sudah mula terasa dan semakin tiba, bunyi dentuman mercun dan alunan lagu lagu raya telah mulai berkumandang di radio malah di TV juga telah menyelitkan beberapa babak rancangan rancangan hiburan yang akan ditayangkan pada hari pertama, kedua dan hariraya ketiga. Pendek kata semua pihak telah bersedia benar untuk menyambut hariraya Aidilfitri pada tahun ini..
Masjid dan surau juga sudah nampak berbedza. Para pengunjung mulai lengang dan saf saf yang dulunya dibelakang telah mula maju kehadapan lantaran tiada jemaah lagi yang bersembahyang terawikh dibelakang. Hanya kedapatan jemaah tua yang sudah dimamah usia yang masih bertahan bersujud dan rukuq berterawikh. Kebanyakan para jemaah sudah mulai mengunjungi pasaraya dan gedung perniagaan bagi membeli keperluan pakaian dan peralatan untuk berhari raya. Kita melihat lori lori kecil berselisih sakan antara satu sama lain menghantar sofa, permaidani, TV, peti ais dan meja makan yang kesemuanya dibeli baru demi menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Inilah penangan Hari Raya Aidilfitri. Cuba bayangkan apabila lapan (8) hari sebelum kita menyambut Ramadhan tiba, kita tidak begitu gembira dan riang seperti ini, malah kita kecut dan sughul menghadapi keadaan tidak makan dan minum pada siang hari, dan terpaksa pula menjaga kesopanan diri demi Ramadhan, tetapi apabila lapan (8) hari lagi untuk menyambutnya hari raya, maka keriangan pada wajah kita dan cara menyambutnya adalah luar biasa.
Inilah kesilapan besar orang kita, yang sangat suka akan perkara yang boleh mengembirakan hati dan mencetus hilai ketawa. Kita lupa bahawa bukan cara sebegini Islam mengajar dan menghayati hari hari terakhir Ramadhan atau menyambut Hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.
Sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Ibnu Umar yang bermaksud “ Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh (27)” dan dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam akhir Ramadhan”.
Jelas Lailaitulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari Ramadhan, dia ia adalh sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-berebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini. Ianya merupakan ujian bagi kita mengapa Allah menyembunyikan Lailatulqadar itu dari pengetahuan kita. Wassalam.

Majlis Ceramah Agama bertajuk "Universiti Ramadhan" anjuran BAKIT W.P Labuan ( Bahagian ke-2 ) & Program bersama anak yatim/fakir miskin
1) BAKIT Labuan telah mengadakan ceramah kali kedua pada 17 sept yang lalu dan dilampirkan gambar utk tatapan tuan2 dan puan2 sekalian.
2) Utk makluman juga Pihak BAKIT Labuan akan mengadakan Program bersama Anak2 Yatim dan Fakir miskin di W.P Labuan pada hari Selasa ,23 Sept 2008. BAKIT Labuan akan turun padang ke seluruh pelusuk Labuan berjumpa/bermesra sambil memberi sumbangan berbentuk wang , makanan harian serta pakaian kepada golongan ini..Seramai 20 org anak Yatim/Fakir miskin di kenalpasti dengan kerjasama ketua2 kampung di wilayah Labuan dan program ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak TM terhadap golongan-golongan ini..

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELANGGAN & WARGA TM
Tempat: MASJID TM MENGGATAL
Tarikh: 18 SEPT 2008 (KHAMIS)
Masa: 5.00 PETANG
KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN KELUARGA AMAT DIALU-ALUKAN

TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM - sumbangan Biro Wanita
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah ke riwayat akhir baginda.Imam Ghazali rahimullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad bin Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat ini memperlihatkan kepada kita, sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita, umat Islam supaya dapat bertaubat dan sedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T… walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah S.W.T.Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
• Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah hari pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih. Di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku selepas asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita kan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun. Di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah S.W.T. Semoga kita adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah S.W.T mahupun manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun, sesuai dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah, lagi Maha Mengasihi maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh di ubah dengan amalan doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata.Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah S.W.T samada di dunia mahupun di akhirat.Apa yang baik dan benar itu datingnya dari Allah S.W.T dan apa yang salah dan silap itu adalah kelemahan manusia itu sendiri.

Majlis Ceramah Agama bertajuk "Universiti Ramadhan" anjuran BAKIT W.P Labuan
Tarikh : 3 September 2008 bersaamaan 3 Ramadhan 1429H
Masa : 12.15 t.hari ( waktu rehat )
Tempat : Bilik Mesyuarat Business Sales , Tingkat 1, Ujana Kewangan
Tajuk : Universiti Ramadhan
Penceramah : Uztaz Ahmad Sharizal B. Mohd Suffian, Unit Dakwah/Operasi Pusat Pungutan Zakat ( PPZ )

Penceramah
Peserta
Subscribe to:
Posts (Atom)