Rombongan Tiaranita dan Bakit Sabah


Pada 12/10/2010, satu rombongan terdiri daripada ahli ahli Tiaranita di ketuai oleh Presiden Tiaranita TM Sabah Pn. Sharifah Nor Ashikin Syed Ismail isteri Tn. Hj. Sukkuriya Masri ( GM TM Sabah ) & Bakit HelwaTM Sabah telah melakukan lawatan ke Rumah Pn. Ainnie Chua, kakitangan Customer Management Sales Sabah yang baru selesai menjalani pembedahan pada 27hb September yang lalu.

Ziarah kami diteruskan ke Rumah Pn. Noor Suriyati isteri Tn. Hj Samsidi Kari yang juga telah selesai menjalani pembedahan Cyst pada Minggu lepas.

Ahli Tiaranita dan Bakit Helwa juga telah mengadakan lawatan ke rumah Pn. Ramsah yang sedang sakit. Setelah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi pada Disember 2008 untuk penyakit kansernya dikesan merebak ke hati dan paru-paru. Bermula 04 - 29 Oktober 2010 beliau diberikan cuti sakit dan akan di sambung lagi untuk rawatan lanjut.


Pihak Tiaranita dan Bakit telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Pn. Ainnie, Pn Noor Suriyati dan Pn. Ramsah. Sumbangan juga adalah dari ahli ahli Tiaranita dan Bakit. Marilah kita sama sama mendoakan semoga Beliau tabah dan sabar dalam menghadapi ketentuan Allah ini dan semoga Beliau sihat agar dapat menjalankan tugas bersama sama dengan kita.

Sumbangan ke Rumah Anak Kesayangan (RAK), Taman Sempelang Kota Kinabalu


Bakit Helwa telah membuat kunjungan ke Rumah Anak Kesayangan (RAK) di No 9, Lorong Selunsung, Taman Sempelang Kota Kinabalu pada 2 Sept 2010 . Kunjungan ini adalah bertujuan utk mengagihkan zakat perniagaan TM dan juga sumbangan pakaian dan buku-buku yang telah disedekahkan oleh Warga TM bersempena dengan bulan
Ramadahan yang mulia ini.

RAK kini menempatkan lebih 70 orang golongan anak-anak yang terdiri dari yatim, muallaf, fakir dan miskin di 4 buah rumah yang disewa secara bulanan. Di anggarkan perbelanjaan sebulan untuk menampung keperluan RAK adalah sejumlah RM 20,000.

Oleh yang demikian pihak RAK ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang bakti bagi membela dan memelihara kebajikan anak2 RAK agar mereka ini menjadi aset yang berguna di masa hadapan kepada negara, agama dan bangsa.

Warga TM yang perihatin yang ingin membuat sumbangan untuk RAK ini, bolehlah menghubungi AJK-AJK Bakit Sabah.

Program Agihan Zakat BAKIT HELWA SABAH

Pada 1 September 2010, Bakit HELWA Sabah telah mengagihkan Zakat Perniagaan TM kepada 25 orang penerima zakat kategori asnaf miskin dan mualaf di Pejabat Kewangan, Tkt 3, Bangunan WCI Kota Kinabalu.



Semoga usaha murni Bakit Sabah membuat penyerahan zakat di bulan Ramadhan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama membuat persediaan bagi menyambut 1 Syawal 1431 H disamping dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan para mualaf untuk terus mendalami ajaran Islam.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA & MAJLIS BERBUKA PUASA KEPADA SAUDARA BARU DAN ORANG ISLAM





Tarikh : 28 Ogos 2010
Tempat : Surau Kg Sibural & Kg Long Pias, Lahad Datu, Sabah

Sumbangan daripada BAKIT TM Sabah dan Persatuan MACMA Sabah

Roh di Bulan Ramadhan

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan
mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat
berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda
telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan
beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan
mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam
kebaikan.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.


Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1431H

Pihak BAKIT Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Warga Islam TM Sabah.

Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu makna kepada anda.

Marhaban Ya Ramadhan...

indahnya ciptaan Tuhan..

Likas Bay

Meruntum Sunset Series

Kinabalu Mountain Aerial View

Sumbangan Tabung Jemaah Bakit Sabah

Pada 28/7/2010, Bakit Helwa telah menyampaikan sedikit Sumbangan dari Tabung Jemaah Bakit Sabah kepada En. Minudin Umar kakitangan Revenue Management Sabah kerana isterinya Pn. Zaifah Ruziman sedang sakit akibat kanser paru-paru stage 4, semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga ini. Kini isteri beliau menjalani kimoterapi setiap hari di hospital. Difahamkan beliau memerlukan kos ubat-ubatan sebanyak RM 6,000 sebulan & perlu makan ubat tersebut secara berterusan selama 6 bulan.

Bagi pihak Bakit, kami memohon marilah kita sama sama mendoakan semoga Puan Zaifah akan tabah dan di beri kekuatan dalam menghadapi ketetantuan Allah ini dan kepada Keluarganya agar sentiasa bersabar dan bertawakal sesungguhnya itulah kekuatan dan kekentalan iman kita.

“ Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul “.

kadang-kadang kita terlupa..

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Mesyuarat Agung BAKIT Sabah 2010


16 Jul 2010. Mesyuarat Agung BAKIT Sabah telah diadakan di Bilik VC, Tingkat 4, WIsma San Hin, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Muhammad Bustami, Timbalan Yang Dipertua BAKIT Sabah dan diikuti dengan Laporan Aktiviti dari Encik Samsul Bakar, Setiausaha Agung BAKIT Sabah, Lapooran Kewangan dari Encik Noraffandi Noralidin, Bendahari BAKIT Sabah dan diikuti dengan Pembubaran Jawatankuasa BAKIT Negeri Sesi 2008/2010.

Proses Pemilihan Jawatankuasa BAKIT Negeri Sabah Sesi 2010/2012 telah dijalankan oleh En Abdul Hadi selaku Pengerusi sementara.

Barisan Jawatankuasa BAKIT Negeri Sabah bagi Sesi 2010/2012 adalah seperti berikut:

YANG DIPERTUA : TUAN HAJI SUKURRIYA MASRI
TIMBALAN YAN DIPERTUA : TUAN HAJI MOHAMAD BUSTAMI
NAIB YANG DIPERTUA I : ENCIK MUSTAPHA SAKMUD
NAIB YANG DIPERTUA II : ENCIK ALFIAN HAJI ABD RAHMAN
SETIAUSAHA : ENCIK SAMSUL BAKAR
PENOLONG SETIAUSAHA : ENCIK ABDUL RAMLIE IBRAHIM
BENDAHARI : ENCIK NORAFFANDI NORALIDIN

AHLI JAWATANKUASA :

1. ENCIK MOCHTAR HAJI LAKURA
2. TUAN HAJI SAMSIDI KARI
3. ENCIK JAMAL HAJI AZIZ
4. ENCIK TAHER MADO
5. ENCIK WIRAH AYUB
6. PUAN RUHIA LAWIS
7. PUAN FARIDAH MATAIB
8. PUAN JULITAH MERJIN
9. PUAN MASNAH BT ANUAR @ AG AHMAD
10. TUAN HAJI MOHD SAINAL MOHD AMIN
11. ENCIK MOHD NUR FAHRY SULAIMAN
12. ENCIK JAYAWATI YACOB

JURUODIT DALAMAN :

1. ENCIK OTHMAN HAJI MOHD SALLEH
2. ENCIK AHMAD SAPIAN MUSTAFA

Lawatan ke Rumah Pn. Norisia Manik (RNO SW KK)

Lawatan telah dibuat di rumah beliau pada 19 Julai 2010 oleh pihak BAKIT Helwa dan Tiaranita. Pn Norisia telah menjalani pembedahan membuang sebatang jari hantu pada tangan sebelah kiri kerana dikhuatiri akan merebak memandangkan beliau adalah penghidap kencing manis.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan lagi beban beliau.

Majlis Tilawah/Tahfiz Al-Quran TM Peringkat Negeri Sabah 2010/1431H

Pada 17 Julai 2010 - Badan Kebajikan Islam TM Negeri Sabah (BAKIT) telah menganjurkan Majlis Tilawah/Tahfiz Al-Quran TM Peringkat Negeri Sabah 2010/1431H bertempat di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu.

Seramai 20 peserta qari dan qariah dari kategori dewasa, remaja dan kanak-kanak bertanding dan memperdengarkan bacaan mereka. Manakala peserta kategori tahfiz dengan penyertaan 8 orang yang terdiri dari peserta remaja dan dewasa. Pada kategori bercerita kanak-kanak disertai oleh 9 peserta serta azan kanak-kanak 8 peserta. Majlis perasmian tilawah tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sukkuriya Masri, Pengurus Besar Negeri TM Sabah merangkap Yang Dipertua BAKIT Sabah. Turut diadakan pada majlis tersebut adalah pengagihan wang zakat perniagaan TM kepada 11 orang wakil Institusi/Surau sekitar Kota Kinabalu. Keputusan Majlis Tilawah/Tahfiz Al-quranTM Negeri Sabah 1429H/2008M seperti berikut :-


Kategori

Dewasa

Remaja

Kanak-kanak

Qari

Gordani Hj Asan

Mohd Kamarul Kamal

Muhammad Irfan Halim

Qariah

Joenah Jouhari

Nurfarahin Azzuanie Hj Awang Tangah

Khadijah SM Salim

Kategori

Dewasa

Remaja Lelaki

Remaja Wanita

Tahfiz

Kamal Husin

Mohd Khairul Azman Kamal

Ummul Khairah Kamal

Kategori

Kanak-Kanak Lelaki

Kanak-Kanak Perempuan

Bercerita

Hizbullah Fathurrahman

Nur Fatihah Hazwanie Ali Asman

KEMATIAN TUAN HAJI DATU BAKIAL BIN DATU HJ. MAJINJI

TUAN HAJI DATU BAKIAL BIN DATU HJ. MAJINJI, anggota TM Unit RNO TX, Kudat telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad, 20hb Jun 2010 kira-kira jam 10:40 malam di hospital SMC CCU kerana komplikasi jantung dan akan dikebumikan pada hari ini selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kg. Limau-Limauan, Kudat.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada TM dan sukar dicari ganti. Seluruh warga TM mengucapkan Takziah kepada keluarga Allayarham dan diharap bersabar dengan ketentuan-NYA.

Pada 27hb June 2010, Pn. Sairah Budi telah menyerahkan sedikit sumbangan dari Tabung Jemaah 10 BAKIT TM SABAH kepada isteri arwah Tn.Hj. Datu Bakial Pn. Hjh. Surati dan beliau menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Bakit dan seluruh warga TM.

Sumbangan kepada Pn. Hatina Nasiri kakitangan CSM KGU


17/2/10, Sdr. Idham Mad Sahit-MBG KGU telah menyerahkan sedikit sumbangan dari Tabung Jemaah 10 BAKIT TM kepada Pn. Hatina Nasiri kakitangan CSM KGU, beliau dipercayai menghidap masalah tekanan darah rendah, kini ditahan semula di hospital Keningau utk tambah darah lagi. Beliau sekarang telah mendapat kebenaran dr pihak hospital utk mendapatkan rawatan dgn alternatif yg lain tapi perlu merujuk kpd hospital utk review 1-2 minggu sekali. Pd 23/2 baru2 ini beliau telah buat review & didapati darah perlu ditambah lalu seterusnya beliau ditahan semula hingga kini. Penyakit beliau belum dikenalpasti selagi beliau belum bersedia utk rawatan mengambil sampel air sumsum di tulang belakang.

Kelas Tadarus Al-Quran anjuran Bakit Wanita

Pihak Bakit Wanita akan menyambung semula kelas Tadarus mengaji spt ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Januari 2009 (setiap hari khamis)
Masa: 1-2 Tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat Kewangan, Tkt 3, WCI
Tenaga pengajar : Ustazah Lilis
Bayaran : PERCUMA